Mengembara merupakan suatu pengalaman yang amat berharga kepada setiap orang (tidak termasuk mengembara ke alam ghaib..hehe)..kerana benar kata pepatah Melayu..jauh perjalanan
luas pengalaman. Lalu terlintas idea kepada Geng Senang Hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 kembara ini kerana matlamat utamanya ialah untuk senang2kan hati yang telah lama kusut..ada juga yang keciwa dek kerana cinta tak berbalas atau mungkin kerana sudah bosan dengan
hiruk pikuk kerja..mengambil petikan daripada filem P.Ramlee...selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja...mungkin ada benarnya. Jadi mungkin ada di antara geng2 di luar sana yang berpendapat yang sama bahawa kita juga perlukan "quality time" untuk diri sendiri justeru menyertai kembara Geng Senang Hati ini mungkin dapat mengurangkan sedikit tekanan yang ada. Bagaimana dengan anda?
Baju Cinta
11 years ago
0 comments:
Post a Comment